REMBULAN
BERDARAH adalah buah tangan terbaharu daripada Anita
Aruszi, yang pernah bekerjasama dengan KN dalam penerbitan
BUNGA SYURGA tahun lepas. Kisah Rembulan Berdarah menceritakan
komplot ahli keluarga sendiri untuk membolot harta kekayaan
secara mutlak. Cerita yang penuh dengan suspen, 'thriller' dan
cinta.
Dia..tidak pernah meminta apa-apa. Cukuplah sekadar dia
disayangi. Dan ibarat seorang puteri dalam cerita dongeng, dia
bertuah kerana disayangi semua orang meskipun hakikatnya dia
hanyalah anak orang gaji di rumah Zainal Ikram. Di situ juga
persahabatannya dengan anak tunggal Zainal Ikram, membuahkan
erti kasih yang cukup tulus.
Namun mimpi tak selalunya indah, apabila pembunuhan Zainal
Ikram menjadikan ayahnya suspek utama. Dan kebencian Engku
Latifah memaksa dia dan ibunya pergi meninggalkan rumah itu
buat selama-lamanya.
Penganiayaan demi penganiayaan melontar dirinya jauh ke dalam
dunia Zafran dan ayahnya Bustaman. Kerana mahu menyelamatkan
diri, dia terpaksa menukar identiti diri dan hidup sebagai
adik Zafran. Tetapi hidup bersama Zafran rupanya lebih sukar
bila hati Zafran mula terpaut. Sedangkan rindunya pada Nashriq
Adli ibarat air yang tidak putus mengalir. Dan setiap rindu
yang dirasakannya dilakar dengan air matanya.
Apakah perlu dia meleraikan dendam demi cinta? Atau haruskah
dia melupakan cinta untuk menuntut kembali apa yang telah
dirampas darinya?
Tajuk : Rembulan Berdarah
Penulis
:
Anita Aruszi
Harga Biasa
: RM24.00
Penerbit : Kaki Novel Enterprise