Dia
tidak pernah memilih sendiri simpang mana yang hendak disusuri
sepanjang perjalanan hidupnya sehinggalah pilihan tersebut
akhirnya membawa dia ke jalan yang paling berliku. Setiap
belok menjanjikan bencana. Setiap kelok menazarkan malapetaka.
Tiada sebutir bintang yang bersinar di malam yang gelap-gelita.
Tiada sehembus angin di siang yang membara.
Lalu dia memutuskan bahawa masa telah tiba untuk membuat
pilihan sendiri. Lantaran tandus pengalaman dan mentah usia,
sinar cahaya dari api yang bakal membakar diri menjadi
dorongan semangatnya. Semakin lama semakin hampir, dan semakin
terasa bahang yang mula membakar dirinya dikit-dikit.
Mungkin dalam membuat pilihan, dia terlupa bahawa keputusan
untuk tidak memilih itu sendiri merupakan satu pilihan baginya.
Tajuk : Bahang Selatan
Penulis
:
Aimy Najwa
Harga Biasa
: RM19.00
Penerbit : Kaki Novel Enterprise