Anda ingin menjadi penulis? Anda ingin menambah pendapatan daripada tulisan anda? Inginkah anda dikenali sebagai penulis yang berilmu dan penuh dengan pengetahuan serta dikagumi ramai?
NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
Di sini kami mengadakan garis panduan untuk penulis yang dirasakan layak untuk menulis.


Syarat-syarat sebagai Penulis
Berusia 18 tahun ke atas. Penulis yang berusia 18 tahun ke bawah, mestilah mempunyai surat kebenaran dari penjaga.
Setiap pengarang dimestikan mempunyai stail penulisan sendiri yang tidak meniru gaya mana-mana penulis yang sedia ada (dengan erti kata sebenar, bukan penulis klon!).
Sedia belajar dan dengan rela hati menerima teguran ketika manuskrip di dalam proses untuk diterbitkan. Mahu memajukan diri dan sedia menerima tekanan.
Penulis boleh menggunakan nama samaran atau nama sendiri. tetapi pihak kami menggalakkan para penulis menggunakan nama sendiri.


Syarat-syarat Karya
Karya hendaklah asli.
Tidak meniru atau dengan erti kata sebenar menciplak daripada mana-mana bahan terbitan lain yang bukan daripada tulisan anda sendiri.
Bukannya disadur dari mana-mana bahan cetak atau sumber yang sedia ada.
Dilarang mengambil bahan terjemahan dari mana-mana terbitan atau dari mana-mana bahasa.
Pastikan setiap karya mempunyai ejaan yang betul dan pembinaan ayat mengikut standard yang seharusnya.

Karya tidak boleh melanggar atau mencabuli undang-undang negara seperti:-

Akta rahsia rasmi
Akta fitnah
Akta keselamatan dalam negeri
Akta hak cipta
Akta hasutan
Karya anda hendaklah dicetak di atas satu muka sahaja dengan menggunakan font Times New Roman bersaiz 12. Ditaip dengan melangkau dua baris. CD, Disket atau Thumbdrive hendaklah disertakan bersama dengan karya anda.

Karya tidak boleh difotostat. Pastikan setiap halaman mempunyai nombor dan dimasukkan ke dalam Arch File, Ring File atau ABBA File.
Perlu diingatkan, kami tidak menerima mana-mana karya yang menggunakan ganti nama diri pertama (aku, saya, I, me or myself). Anda mestilah menggunakan ganti nama diri ketiga kecuali di dalam dialog atau monolog.
Manuskrip untuk karya dewasa hendaklah setebal 450 mukasurat ke atas.
Manakala karya kana-kanak pula setebal 250 mukasurat ke atas.



Pembayaran Royalti
Karya yang diterbitkan akan menerima royalti sebanyak 14% dari harga inbois. Contoh royalti seperti di bawah:-
19.90-45% x jumlah buku yang terjual (conth 2,000naskah) x 14%=RM3,064.60.
Setiap penulis akan diberi wang pendahuluan sebanyak RM500 dan wang pendahuluan itu akan ditolak bagi pembayaran inbois yang pertama.


Lain-lain
1. Setiap penulis dimestikan menghantar gambar dan juga biodata untuk simpanan syarikat NB Kara Sdn Bhd dan juga sebagai rujukan jika perlu.
2. Manuskrip hendaklah dihantar ke alamat berikut :

NB Kara Sdn. Bhd.
D19-1B, Jalan Prima Saujana 2/E,
Taman Prima Saujana,
43000, Kajang,
Selangor.

Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian :
03-8736 4025. 03-87364028
Fax 03-87364020