ersada negara. Dalam usaha mengekalkan hasrat murni ini; JEMARI SENI yakin bahawasanya sesebuah karya yang baik itu sepatutnya mementingkan pemilihan bahasa yang sempurna dan nahu yang tepat.

Sehubungan itu JEMARI SENI menetapkan KAMUS DEWAN (Edisi Keempat) sebagai rujukan utama dalam peristilahan, imbuhan dan ejaan. Selain itu, penggunaan bahasa Nusantara juga diterima pakai dalam penulisan sesebuah karya di JEMARI SENI dengan pertimbangan ejaan mengikut bahasa asalnya. JEMARI SENI akan cuba mempertingkatkan kualiti penyuntingan dari semasa ke semasa dengan bantuan anda sebagai penulis. Sementara itu, dalam pembinaan ayat dan gaya bahasa, JEMARI SENI membiarkan pengarang mencipta gaya untuk membentuk identiti penulisan yang tersendiri.

Penulis sentiasa diberi kebebasan dari aspek bahasa; yakni penulis tidak dikongkong menulis seratus peratus dalam bahasa Melayu tanpa menggunakan bahasa asing. Di JEMARI SENI kita juga akur tentang code switching dan code mixing. Sekiranya berlakunya pertembungan bahasa, kata pinjaman itu haruslah dipetik dengan sopan agar tidak menjejaskan kualiti sesebuah manuskrip. Mana-mana perbendaharaan kata yang menggunakan bahasa daerah atau bahasa asing perlu ditulis dalam huruf condong (italic). yang mewarnai bahasa kita selama 400 tahun ini.


Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya.

Panduan Penulis:
1. Tema
JEMARI SENI menitikberatkan karya (misalnya, novel cinta) yang mempunyai nilai moral yang tinggi dan berlandaskan hukum Islam yang kita junjung. Dalam usaha menjadikan hasil karya sebagai saluran ibadah, JEMARI SENI lebih mengutamakan karya-karya yang lebih cenderung ke arah penghayatan nilai-nilai Islam ataupun Islam sebagai satu cara hidup

2. Karya yang Asli
* tidak jiplak daripada mana-mana terbitan, stensilan atau apa juga yang bukan hasil kerja anda;
* tidak diterjemahkan daripada mana-mana buku dan mana-mana bahasa;
* tidak disadur daripada mana-mana sumber atau terbitan lain;
* tidak merupakan bahan yang ditakrifkan sebagai bahan sekunder yang boleh diertikan sebagai mendominasi karya anda; dan
* atau apa-apa juga bentuk yang meragukan keaslian karya anda

3. Perihal Manuskrip
* Ketebalan halaman ~ untuk novel umum jumlah halaman ialah antara 350– 500
* Dicetak langkau dua baris di atas kertas A4 warna putih pada sebelah halaman sahaja
* Sila cetakkan nombor pada setiap halaman
* Format untuk letak atur:
(a) Gunakan saiz huruf (font) 12, jenis Times New Roman
(b) Page set-up: Left=0”, Right=0”. First line, 0.3”
(c) Selang antara satu bab ke satu bab ialah LIMA kali enter
(d) Selang antara satu perenggan baru (cerita atau latar baru, tetapi masih dalam bab yang sama) ditandakan dengan simbol contoh: * * *
* Cadangkan sebuah JUDUL yang menarik serta memperlihatkan keaslian dan kelainan daripada lambakan novel-novel di pasaran
* Menggunakan tatabahasa dan tanda bacaan yang betul

4. Mengirim Manuskrip
Di JEMARI SENI karya dinilai/disaring dalam dua peringkat. Sekiranya penulis melepasi peringkat pertama barulah, manuskrip tersebut dinilai sepenuhnya:

PERINGKAT I
Penulis hanya perlu mengirim manuskrip yang mengandungi:
(a) Biodata penulis
(b) Sinopsis cerita
(c) 5 bab awal
(d) 5 bab akhir
(e) Hantarkan ke e-mel atau alamat berikut:
adnannsuraya@gmail.comThis email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it
Editor
Jemari Seni Publishing
No.10, Jalan 4/7N
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
016-4194380 (Pn. Noor Suraya)


JEMARI SENI akan memberi jawapan dalam tempoh tidak kurang dari TIGA minggu.

PERINGKAT II
Sekiranya karya tersebut melepasi Peringkat I, penulis perlu menghantar keseluruhan manuskrip untuk dinilai semula. Pada peringkat ini, penulis dapat mengirim karya tersebut melalui e-mel atau manuskrip yang dijilid kemas (comb binding). JEMARI SENI akan memberi jawapan sama ada karya ini akan diterbitkan atau tidak dalam tempoh tidak melebihi 3 minggu. Jika karya tersebut terpilih, penulis perlu menyertakan surat muka (lihat perkara 5) dan softcopy untuk tujuan rekod penerbitan.

5. Surat Muka
Selain dari surat iringan untuk mengirim karya, sila sertakan sinopsis novel (dalam satu halaman), cadangan untuk caption dan blurp (boleh lebih daripada satu), biodata, nama pena (untuk dicetak pada novel) dan gambar penulis untuk rujukan



6. Royalti
* Sekiranya karya dipilih untuk diterbitkan oleh JEMARI SENI, anda berhak menerima bayaran royalti sebanyak 12.5% untuk novel umum berdasarkan *harga invois
* Royalti hanya akan dibayar dalam tempoh ENAM bulan selepas novel anda berada di pasaran



Catatan: *harga invois = harga ditolak kepada pengedar/peruncit