JADILAH NOVELIS ALAF 21 PADA TAHUN 2008!
Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya
karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit
novel tersohor di Malaysia. Setelah berjaya melahirkan hampir
50 orang novelis, kini Alaf 21 membuka peluang lagi kepada
anda secara rasmi untuk mengirim karya-karya novel genre:
- SERAM
- THRILLER
- FIKSYEN SAINS
- PERNIAGAAN
- MOTIVASI
Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin
menerbitkannya di bawah jenama ALAF 21.
Buat anda yang masih menulis, kami ingin juga meneliti tulisan
anda asalkan tak kurang dari 100
halaman kertas A4.
Apa tunggu lagi? Jika anda berani, kirimkan secara pos sebelum
30 Oktober 2007. Kirimkan kepada:
KETUA EDITOR,
Alaf 21 Sdn. Bhd,
Lot 12, Persiaran Kemajuan 16/16,
40200 Shah Alam, Selangor.
Untuk keterangan lanjut, sila e-mel ke
alaf@alaf21.com.my
Tuliskan NOVELIS 2008 sebagai tajuk e-mel.
* Jangan kirim manuskrip anda secara e-mel. Kiriman
secara emel tidak akan dilayani.